M Kayveas (tengah) bersama penyokong ketika penamaan calon PRK Cameron Highlands. FOTO Farizul Hafiz Awang
M Kayveas (tengah) bersama penyokong ketika penamaan calon PRK Cameron Highlands. FOTO Farizul Hafiz Awang
Wartawan BH

PRESIDEN Parti Progresif Rakyat (MyPPP), Tan Sri M Kayveas menarik diri di saat akhir sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands.

Difahamkan beliau sudah berada di Cameron Highlands sejak semalam bagi persediaan proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

Kayveas, sebelum ini mengumumkan akan bertanding dalam PRK kali ini, bagi memberi saingan kepada calon Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan.

Pada PRU Ke-14 lalu, beliau tidak dicalonkan BN, biarpun sudah mula berkempen di Cameron Highlands.

PRK ini menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan dua calon bebas.

PRK itu diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya membatalkan kemenangan bekas penyandang, Datuk C Sivarraajh pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) selepas memutuskan berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu.

  • Lagi berita berkaitan PRK Cameron Highlands
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 January 2019 @ 11:41 AM