GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
BERNAMA

PENUNTUT wanita Universiti Terbuka Malaysia (OUM) meninggal dunia selepas Toyota Avanza dinaiki terbabit kemalangan dengan Perodua Myvi di Batu 20 Jalan Bintulu-Miri, dekat Bintulu, hari ini.

Menurut BERNAMA, pada kejadian jam 5.25 petang itu, mangsa, Carine Chieng, 18, maut di lokasi kejadian. Ibunya yang juga pemandu kenderaan pelbagai guna itu, Aban Hanyek, 48, cedera.

Turut cedera, Rosdy Achan, 24, lelaki yang memandu Perodua Myvi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, ketika kejadian, Carine dan ibunya dalam perjalanan dari Bintulu ke Miri.

“Sebaik tiba di lokasi, Toyota Avanza dinaiki dua beranak itu cuba memotong sebuah kenderaan lalu memasuki laluan bertentangan menyebabkan berlaku kemalangan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 September 2018 @ 11:45 PM