KEADAAN van yang remuk dalam kemalangan di Jalan Persisiran Pantai Bintulu-Miri. FOTO ihsan Bomba
KEADAAN van yang remuk dalam kemalangan di Jalan Persisiran Pantai Bintulu-Miri. FOTO ihsan Bomba
Oleh Abd Rahman Adam


Bintulu: Tiga terbunuh termasuk seorang warga China dalam kemalangan membabitkan dua van di Jalan Persisiran Pantai Bintulu-Miri, di sini, pagi tadi.

Kejadian kira-kira 6 pagi itu menyebabkan mangsa berusia 24 hingga 50-an belum dikenal pasti identiti maut di lokasi kejadian, manakala seorang pemandu parah.

Difahamkan, dua mangsa maut termasuk seorang wanita menaiki van jenis Toyota HiAce, manakala mangsa warga China menaiki van jenis Nissan Urvan.

Pemandu van Nissan Urvan turut parah.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Sarawak, Farhan Sufyan Borhan berkata, sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 6.43 pagi.

Katanya, pihaknya mengambil masa hampir sejam mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum dibawa ke Hospital Bintulu untuk tindakan lanjut dan kes diserahkan kepada polis untuk siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Julai 2015 @ 11:40 AM