CHERAS 08 SEPTEMBER 2018. Suasana pengundi yang beratur untuk mengundi N27 di SJKC Batu 11 Cheras  membuang undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N27 Dun Balakong. NSTP/ROSELA ISMAIL
CHERAS 08 SEPTEMBER 2018. Suasana pengundi yang beratur untuk mengundi N27 di SJKC Batu 11 Cheras membuang undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N27 Dun Balakong. NSTP/ROSELA ISMAIL
Fahmy Azril Rosli


STATISTIK keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Balakong mencatat 15 peratus setakat 10 pagi hari ini.

Statistik itu dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

SPR menganggarkan antara 70 hingga 80 peratus pengundi akan keluar menunaikan kewajipan mereka di PRK Balakong.

Sebanyak 16 pusat pengundian dengan 128 saluran bagi PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong seawal 8 pagi tadi.

Sebanyak 14 sekolah dan dua dewan dijadikan pusat pengundian bagi PRK DUN Balakong.

Kesemua pusat pengundian akan ditutup pada 5.30 petang ini.

Lagi berita PRK Balakong dan Seri Setia

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 September 2018 @ 11:24 AM