Fahmy Azril Rosli


LEBIH 20 petugas media dilarang memasuki pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Perdana oleh Ketua Tempat Mengundi.

Media yang hadir ke sekolah berkenaan pada 11.30 pagi tadi bagi membuat liputan sidang media Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dihalang memasuki pekarangan sekolah.

Pegawai SPR itu berkata, media tidak dibenarkan masuk kerana dikhuatiri akan mengganggu pengundi.

"Ini kawasan saya, media tidak dibenarkan berada di sini, sila keluar sekarang.

"Kalau encik-encik dibenarkan masuk ke pusat mengundi lain (PDM) dialu-alukan pergi ke sana. Ini kawasan saya, sila keluar sekarang," katanya sambil menegaskan akan memanggil polis.

Beberapa wartawan yang tiba awal di lokasi juga mendakwa, pegawai berkenaan meminta petugas media tidak berada didalam kawasan sekolah berkenaan.

"Kami datang sini sebab ada sidang media SPR, tak sangkapula dihalau petugas SPR," katanya.

Lagi berita PRK Balakong dan Seri Setia

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 September 2018 @ 1:07 PM
PETUGAS SPR tidak membenarkan petugas media memasuki ke Pusat Mengundi di SMK Cheras Perdana untuk membuat liputan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Balakong. FOTO Rosela Ismail
PETUGAS SPR tidak membenarkan petugas media memasuki ke Pusat Mengundi di SMK Cheras Perdana untuk membuat liputan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Balakong. FOTO Rosela Ismail