ANGGOTA bomba berusaha memadam kebakaran bas ekspres dua tingkat berhampiran R&R Sungai Buloh, hari ini. FOTO ihsan bomba.
ANGGOTA bomba berusaha memadam kebakaran bas ekspres dua tingkat berhampiran R&R Sungai Buloh, hari ini. FOTO ihsan bomba.
Hasbi Sidek


BAS ekspres terbakar 100 peratus berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), petang hari ini.

Bagaimanapun, dalam kejadian 6 petang itu, tiada mangsa cedera atau maut.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Mohd Rizal Buang berkata, bas berkenaan tiada penumpang dan dalam perjalanan dari bengkel.

“Kami menerima panggilan 6.01 petang sebelum sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh berkejar ke lokasi.

“Sebaik tiba, kami mendapati bas ekspres dua tingkat terbakar. Api berjaya dikawal, namun bas berkenaan hangus 100 peratus,” katanya.

Beliau berkata, kebakaran dipercayai bermula dari bahagian tayar, namun pasukan forensik masih menjalankan siasatan mengenai punca kebakaran.

Katanya, bas berkenaan tiada penumpang dan kejadian itu tidak membabitkan mangsa tercedera atau maut.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Ogos 2018 @ 9:31 PM