NUR Fasmida (gambar kecil, atas) dan Nurfarahainsah (gambar kecil, bawah) meninggal dunia akibat kemalangan di Kilometer 19 Jalan Lipis-Merapoh. FOTO ihsan Bomba/Nazirul Roselan
NUR Fasmida (gambar kecil, atas) dan Nurfarahainsah (gambar kecil, bawah) meninggal dunia akibat kemalangan di Kilometer 19 Jalan Lipis-Merapoh. FOTO ihsan Bomba/Nazirul Roselan
Nazirul Roselan


“Nur Fasmida (Mohamed) dan Ain (nama panggilan Nurfarahainsah Jaafar) sangat rapat... macam adik beradik pun ada.

"Malah Nur Fasmida sempat memberi kejutan sambutan hari lahir kepada Ain semalam dengan membelikan kek untuk meraikannya," kata tenaga pengajar di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan, Suriyati Abdullah, 37.

Nur Fasmida, 24, dan Nurfarahainsah maut dalam kemalangan selepas kereta dinaiki mereka bersama kakak serta adik Nur Fasmida, Mimi Suziana, 39, dan Ahmad Faris, 16, bertembung dengan treler di Kilometer 19 Jalan Lipis-Merapoh dekat Batu 7, Lipis, hari ini.

Dalam kejadian 9.50 pagi itu, mereka dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kelantan untuk menyambut Aidiladha bersama keluarga masing-masing di Kampung Keluat Beris Kubur Besar, Bachok dan Kampung Tok Sidi Meranti, Pasir Mas.

Suriyati berkata, sebenarnya hari lahir ke-21 Ain adalah pada 17 Ogos lalu namun disambut beramai-ramai selepas berakhirnya Kejohanan Sukan IKBN peringkat kebangsaan di Pekan, semalam.

"Nur Fasmida membelikan kek dan menyimpannya dalam peti ais rumah saya. Ia adalah majlis (hari lahir) kejutan untuk Ain dan mereka berdua sangat rapat seolah-olah macam adik-beradik.

"Mereka antara 21 pelajar perempuan yang ada di IKBN Pekan. Jadi hubungan kami sangat rapat malah saya anggap mereka seperti keluarga sendiri," katanya ditemui di perkarangan Unit Forensik Hospital Lipis, hari ini.

Nurfarahainsah adalah penuntut peringkat sijil jurusan Teknikal Penyelenggaraan Pembaikan Struktur Pesawat manakala

Nur Fasmida pula mengambil jurusan Pemasangan Paip Gas di IKBN Pekan.

Suriyati berkata, kedua-dua rakan baik yang bermain acara bola jaring dalam Kejohanan Sukan IKBN peringkat

kebangsaan semalam disifatkan sebagai individu ringan tulang serta aktif dalam aktiviti kokurikulum.

"Cuma semalam memang ada sedikit kelainan apabila Nur Fasmida mencium dan memeluk rapat saya, dia mengatakan ia mungkin kali terakhir dia dapat bertindak sebegitu.

"Saya tidak sangka pula mereka akan ‘pergi’ serentak dan kehilangan kedua-duanya sangat dirasai kami semua,"

katanya yang mesra dengan panggilan 'mummy' di kalangan penuntut.

Berita berkaitan

Hajat tak kesampaian...>

Empat maut Viva bertembung treler>

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Ogos 2018 @ 6:52 PM