LAPORAN portal berita Harian Metro, hari ini mengenai kebocoran gas ammonia di kilang ais sehingga menyebabkan dua pekerja meninggal dunia manakala 18 lagi cedera.
LAPORAN portal berita Harian Metro, hari ini mengenai kebocoran gas ammonia di kilang ais sehingga menyebabkan dua pekerja meninggal dunia manakala 18 lagi cedera.
Ruwaida Md Zain


JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengisytiharkan keadaan sekeliling dan berhampiran kilang ais di Desa Latania iaitu lokasi berlaku kebocoran gas ammonia, pagi hari ini, sudah selamat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seksyen 15 Shah Alam, Timbalan Penguasa Bomba Azmel Kamaluddin berkata, operasi tamat pada 6.35 petang.

“Bacaan terakhir di tangki adalah 300 ppm, kemudian kontraktor bertindak melarutkan ammonia dengan air di dalam tangki serta memasang kanvas di bahagian belakang bangunan.

“Bacaan di luar kilang termasuk di Pusat Kawalan Bomba (PKB) dan hadapan SMJK Chong Hwa adalah 0 ppm.

“Setelah memaklum status bacaan ppm ammonia kepada isteri pemilik kilang Everest Ais dan guru besar sekolah itu, pihak bomba isytihar keadaan sekeliling selamat.

“Seterusnya, operasi tamat pada 6.35 petang hari ini,” katanya.

Dalam kejadian 5.11 pagi hari ini, dua pekerja kilang ais maut, manakala 18 lagi cedera selepas terhidu gas ammonia bocor di premis itu di Seksyen 36, Shah Alam.

Berita berkaitan

'Dua maut terhidu gas ammonia'

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Ogos 2018 @ 8:53 PM