ANGGOTA polis membawa suspek selepas cubaan mencuri gagal di Bintulu. Foto STR/ERIKA GEORGE.
ANGGOTA polis membawa suspek selepas cubaan mencuri gagal di Bintulu. Foto STR/ERIKA GEORGE.
Erika George


TIDAK hanya gagal melarikan telefon bimbit dan barangan peribadi milik pemandu lori, pemuda turut dibelasah orang ramai sebelum diserahkan kepada polis dalam kejadian di kawasan letak kenderaan berhampiran Pasar Tamu Bintulu, Bintulu, semalam.

Sumber memberitahu NSTP, dalam kejadian 12 tengah hari itu, perbuatan suspek yang juga warga tempatan berusia lingkungan 30-an itu disedari mangsa sebelum mangsa bertindak mengejar lelaki berkenaan sambil meminta bantuan orang ramai menahannya.

"Sebaik sahaja melihat mangsa mengejar suspek, orang ramai bertindak memberikan bantuan, termasuk menahan suspek yang cuba meloloskan diri.

"Berang dengan perbuatan suspek, beberapa individu turut membelasahnya sebelum menyerahkan pemuda berkenaan kepada anggota polis peronda (MPV) yang bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat mengenai insiden itu," katanya.

Difahamkan, suspek pernah ditahan sebelum ini, juga atas kesalahan mencuri di Bintulu dan kawasan sekitarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan atas kesalahan curi

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Jun 2018 @ 2:08 PM