PULAU Redang. FOTO NSTP
PULAU Redang. FOTO NSTP
Zarina Abdullah


PULAU Redang bakal menerima jalan raya yang diharap menjadi pemangkin ekonomi penduduk setempat.

Calon BN Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman berkata, jalan baru yang sudah dikenal pasti bakal menghubung perkampungan nelayan dan kawasan hotel di pulau itu.

Katanya, apabila jalan itu siap, pelancong akan lebih mudah melawat perkampungan itu untuk mengalami sendiri suasana dan keindahannya.

“Pada masa sama, penduduk dapat memulakan perniagaan yang pelbagai sama ada dari produk makanan atau kraftangan,” katanya selepas program Santai Bersama Komuniti Nelayan Pulau Redang semalam.

KETUA Pengarah Perikanan Malaysia Datuk Munir Mohd Nawi (dua kiri) bersama dengan Calon Barisan Nasional, Bazlan Abdul Rahman (berdiri) dalam sesi dialog bersama nelayan Pulau Redang. FOTO Zarina Abdullah
KETUA Pengarah Perikanan Malaysia Datuk Munir Mohd Nawi (dua kiri) bersama dengan Calon Barisan Nasional, Bazlan Abdul Rahman (berdiri) dalam sesi dialog bersama nelayan Pulau Redang. FOTO Zarina Abdullah

Bazlan berkata, penduduk turut dapat mengubahsuai rumah masing-masing menjadi inap desa yang akhirnya dapat menambah pendapatan keluarga.

Katanya, sekolah menengah rendah yang bakal menerima pelajar tingkatan satu hingga tingkatan tiga turut juga bakal didirikan di pulau itu.

Hadir sama Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Datuk Munir Mohd Nawi, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Asas Tani, Badrul Hisham Mohamad, nelayan serta pemimpin tempatan.

Katanya, dengan terbinanya sekolah berkenaan, ibu bapa akan lebih bersedia melepaskan anak-anak mereka untuk meneruskan pengajian di tanah besar apabila umur mereka sudah mencecah 16 tahun.

“Sebelum ini, ibu bapa bimbang melepaskan anak-anak berusia 13 tahun untuk menyambung pengajian ke tanah besar,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Mei 2018 @ 12:06 PM