Ifwan Tun Tuah

Seremban: Seorang ratu cantik yang juga pelakon filem Tamil terkejut apabila menerima ugutan selepas rakaman videonya menyatakan sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) viral.

Mourhrna Anetha Reddy, 33, yang juga Miss Malaysia Indian Global 2006 dan Miss Malaysia India Worldwide 2011 berkata, ada pihak mengugut untuk mencederakannya, malah beberapa rakan memintanya lebih berhati-hati kerana mendapat tahu ramai orang mencarinya.

 MOURHRNA Anetha
MOURHRNA Anetha

“Saya tidak aktif berpolitik namun tahu hak saya sebagai rakyat Malaysia. Justeru, selepas melihat manifesto BN ketika menghadiri satu ceramah di sini, Khamis lalu, saya berpuas hati dan yakin dengan perancangan yang baik oleh BN.

“Beberapa kru pengendali laman Facebook menemu bual saya mengenai program itu, lalu saya memberikan pendapat secara santai termasuk menyatakan BN boleh membantu komuniti India di Seremban.

“Beberapa hari kemudian, rakan memberitahu rakaman video itu viral di Facebook dan saya menerima banyak kecaman. Terdapat juga ugutan seorang lelaki yang mahu mencederakan saya melalui pesanan suara aplikasi WhatsApp,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 April 2018 @ 4:44 AM