Nor Fazlina Abdul Rahim dan Mohd Razis Ismail

BARISAN Nasional (BN) Kelantan menyifatkan calon Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) adalah yang terbaik untuk mencapai kemenangan.

Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, calon yang dipilih merangkumi kepemimpinan politik, wakil Wanita, Pemuda, Puteri, pegawai swasta, kerajaan, golongan agama serta pemimpin badan bukan kerajaan (NGO).

Katanya, daripada calon yang disenaraikan di peringkat Parlimen, dua muka baharu ditampilkan termasuk seorang calon muda.

“Manakala, di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN), 28 muka baharu iaitu 62 peratus ditampilkan termasuk lapan calon muda, manakala lima wanita juga dicalonkan termasuk empat daripadanya muka baharu.

“Senarai calon ini adalah hasil input daripada pelbagai pihak termasuk ketua UMNO Bahagian, ketua parti komponen, pihak kerajaan dan NGO.

“Keputusan akhir dibuat oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak,” katanya pada sidang media di bangunan UMNO di Kota Bharu, hari ini.

Mustapa turut berkeyakinan calon yang terpilih bukan sahaja mampu menang, tetapi dapat melaksanakan amanah dengan baik seandainya diberi kepercayaan oleh rakyat.

“Gandingan mereka yang berpengalaman dengan yang muda serta bertenaga ini akan memberi nafas baharu untuk memastikan BN Kelantan kekal relevan.

“Kesemua penyandang kerusi Parlimen dikekalkan. Manakala bagi kerusi DUN, hampir semua penyandang kekal atau dipindahkan ke kerusi Parlimen kecuali Datuk Nozula Mat Diah (DUN Paloh).

“Kita berterima kasih kepada Datuk Nozula atas sumbangan baktinya selama 28 tahun sebagai ADUN Paloh,” katanya.

Pada masa sama, Mustapa turut berharap kepada calon yang tidak terpilih supaya terus membantu parti bagi memastikan kemenangan pada PRU-14 nanti.

“Kita faham akan ada yang kecewa apabila nama mereka tidak disenaraikan, namun jangan meletakkan kepentingan peribadi melebihi parti kerana ia boleh menjejaskan prestasi BN,” katanya.

Mustapa (tengah) bersama sebahagian calon BN Kelantan. FOTO Syamsi Suhaimi
Mustapa (tengah) bersama sebahagian calon BN Kelantan. FOTO Syamsi Suhaimi

Calon BN Kelantan PRU-14

PARLIMEN dan DUN

* P19 TUMPAT

Datuk Wan Johani Wan Hussin (UMNO)

- N1 PENGKALAN KUBOR

Mat Razi Mat Ail (UMNO)

- N2 KELABORAN

Hashim Mohamed (UMNO)

- N3 PASIR PEKAN

Wan Mohd Sanusi Wan Yunus (UMNO)

- N4 WAKAF BHARU

Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz (UMNO)

 

* P20 PENGKALAN CHEPA

Datuk Zaluzi Sulaiman (UMNO)

- N5 KIJANG

Wan Shahrul Azuan Wan Ab Aziz (UMNO)

- N6 CHEMPAKA

Mohamad Fareez Noor Amran (UMNO)

- N7 PANCHOR

Zarina Md Eusope (UMNO)

 

* P21 KOTA BHARU

Fikhran Hamshi Mohamad Fatmi (UMNO)

- N8 TANJUNG MAS

Madihah Ab Aziz (UMNO)

- N9 KOTA LAMA

Chua Hock Kuan (MCA)

- N10 BUNUT PAYONG

Datuk Mohamed Hasnan Che Hussin (UMNO)

 

* P22 PASIR MAS

Nor Asmawi Ab Rahman (UMNO)

- N11 TENDONG

Datuk Yahaya Mamat (UMNO)

- N12 PENGKALAN PASIR

Che Johan Che Pa (UMNO)

- N13 MERANTI

Ahmad Anuar Hussin (UMNO)

 

* P23 RANTAU PANJANG

Datuk Abdullah Mat Yasim (UMNO)

- N14 CHETOK

Muhammad Afifi Muhammad Noor (UMNO)

- N15 GUAL PERIOK

Ghazali Ismail (UMNO)

- N16 APAM PUTRA

Akbar Salim

 

* P24 KUBANG KERIAN

Datuk Muhammad Abdul Ghani (UMNO)

- N17 SALOR

Mohamad Nordin Awang (UMNO)

- N18 PASIR TUMBOH

Bakri Yusof (UMNO)

- N19 DEMIT

Nurul Amal Mohd Fauzi (UMNO)

 

* P25 BACHOK

Datuk Dr Awang Adek Hussin (UMNO)

- N20 TAWANG

Mohd Radzuan Abdullah (UMNO)

-N21 PANTAI IRAMA

Ilias Husain (UMNO)

-N22 JELAWAT

Mohd Radzuan Hamat (UMNO)

 

* P26 KETEREH

Tan Sri Annuar Musa (UMNO)

-N23 MELOR

Azmi Ishak (UMNO)

- N24 KADOK

Mohammad Azam Ismail (UMNO)

-N25 KOK LANAS

Datuk Alwi Che Ahmad (UMNO)

 

*P27 TANAH MERAH

Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (UMNO)

- N26 BUKIT PANAU

Dayang Saniah Awang Hamid (UMNO)

- N27 GUAL IPOH

Bakri @ Mohd Bakri Mustapha (UMNO)

- N28 KEMAHANG

Wan Rakemi Wan Zahari (UMNO)

 

* P28 PASIR PUTEH

Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki (UMNO)

- N29 SELISING

Zulkifle Ali (UMNO)

- N30 LIMBONGAN

Mohd Hanafiah Abdul Aziz (UMNO)

-N31 SEMERAK

Zawawi Othman (UMNO)

-N32 GAAL

Mohd Kaisan Ab Rahman (UMNO)

 

* P29 MACHANG

Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (UMNO)

- N33 PULAI CHONDONG

Ahmad Tarmizi Ismail (UMNO)

- N34 TEMANGAN

Wan Mohd Adnan Wan Aziz (UMNO)

- N35 KEMUNING

Eriandi Ismail (UMNO)

 

* P30 JELI

Datuk Seri Mustapa Mohamed (UMNO)

- N36 BUKIT BUNGA

Mohd Adhan Kechik (UMNO)

- N37 AIR LANAS

Datuk Seri Mustapa Mohamed (UMNO)

- N38 KUALA BALAH

Datuk Abdul Aziz Derashid (UMNO)

 

* P31 KUALA KRAI

Datuk Ramzi Abdul Rahman (UMNO)

-N39 MENGKEBANG

Zaki Mohammad (UMNO)

- N40 GUCHIL

Zuber Hassan (UMNO)

- N41 MANEK URAI

Suzaini Adlina Sukri (UMNO)

- N42 DABONG

Muhammad Awang (UMNO)

 

* P32 GUA MUSANG

Tengku Razaleigh Tengku Mohd Hamzah (UMNO)

- N43 NENGGIRI

Ab Aziz Yusoff (UMNO)

- N44 PALOH

Amran Ariffin (UMNO)

- N45 GALAS

Mohd Syahbuddin Hashim (UMNO)

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 April 2018 @ 3:34 PM