SHEIKH Dr E'krimah Sa'eed Sabri (empat dari kiri) bersama Jamil Khir pada Program Solidariti Jerai Bersama Al-Aqsa di Masjid Jamek Badlishah semalam.
SHEIKH Dr E'krimah Sa'eed Sabri (empat dari kiri) bersama Jamil Khir pada Program Solidariti Jerai Bersama Al-Aqsa di Masjid Jamek Badlishah semalam.
Nur Syazwana Mansor

Yan: Umat Islam di negara ini boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai Masjid Al-Aqsa dan Baitulmaqdis melalui aplikasi mudah alih MyAQSA.

Pelancaran aplikasi itu disempurnakan Imam Besar Masjid Al-Aqsa yang juga bekas Mufti Palestin Sheikh Dr E‘krimah Sa’eed Sabri sempena Program Solidariti Jerai Bersama Al-Aqsa di Masjid Jamek Badlishah di sini, kelmarin.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengerusi Yayasan Murni Aqidah Malaysia Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan MyAqsa (MyAqsa) Dr Noorazman Mohd Samsuddin berkata, aplikasi berkenaan sudah boleh dimuat turun oleh pengguna Android di Google Play’.

Beliau berkata, melalui aplikasi itu, pengguna boleh menyalurkan sumbangan untuk Masjid Al-Aqsa secara dalam talian dengan lebih mudah dan pantas.

“Insya-Allah, ia akan jadi satu platform untuk kita melancarkan program sokongan Al-Aqsa dan perkembangan (maklumat terkini Al-Aqsa) akan ada dalam aplikasi ini.

“Kita juga berhasrat untuk menghubungkan rakyat Malaysia dengan Baitulmaqdis secara lebih mudah,” katanya selepas pelancaran aplikasi berkenaan semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 April 2018 @ 3:53 AM