BARISAN Calon daripada Parti Amanah Negara Negeri Pahang yang akan bertanding pada PRU 14. FOTO Nazirul Roselan
BARISAN Calon daripada Parti Amanah Negara Negeri Pahang yang akan bertanding pada PRU 14. FOTO Nazirul Roselan
Roselan Ab Malek


PARTI Amanah Negara (PAN) Pahang meletakkan 12 calonnya untuk bertanding di satu kerusi Parlimen dan 11 DUN di Pahang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pengerusinya, Dr Hamzah Jaaffar berkata, sembilan daripadanya adalah calon baharu manakala tiga calon muka lama termasuk Timbalan Pengerusinya yang juga penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Semantan,Temerloh, Syed Hamid Syed Mohamed.

Beliau berkata, Setiausaha Agong PAN, Anuar Tahir, 65, dipilih sebagai calon untuk bertanding kerusi Parlimen Temerloh.

Dr Hamzah berkata, beliau akan bertanding kerusi DUN Dong, Raub manakala Naib Pengerusi 1, Dr Jamaluddin Abd Rahim, 52, akan bertanding di DUN Pulau Tawar, Jerantut.

"Sembilan muka baharu ialah Naib Pengerusi 2, Ahmad Sazali Mohd Nor, 57, akan bertanding di DUN Tioman, Rompin manakala Naib Pengerusi 3, Zulkifli Mohamed, 45, dipilih calon bagi DUN Beserah, Indera Mahkota.

"Ketua Pemuda, Nur Addin Ibrahim, 33, akan bertanding di DUN Lepar, Paya Besar; Setiausaha Angkatan Wanita, Sabrina Md Yusoff, 52, pula calon

DUN Tanjung Lumpur, Kuantan manakala

Pengerusi Biro Kebajikan parti, Jelani Ludin, 54, bertanding diDUN Jengka, Kuala Krau.

"Timbalan Amanah Kawasan Kuala Krau, Adnan Abdul Manaf, 61, akan bertanding di DUN Kerdau, Kuala Krau, Ahli Jawatankuasa parti, Norhaizan Abu Hasan, 58, pula di DUN Pelangai, Bentong

dan Exco Pemuda, Ahmad Majdi Fauzi Abd Aziz, 39, di DUN Guai, Bera," katanya di Temerloh, hari ini.

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan senarai itu pada majlis ceramah di pejabat PAN Pahang, di Temerloh, malam tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 April 2018 @ 12:12 AM