SUASANA Majlis Pengumuman Calon PRU-14 Pakatan Harapan Negeri Sembilan berikutan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Negeri Sembilan gagal mengumumkan senarai nama calonnya yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada malam ini. - Foto Hazreen Mohamad
SUASANA Majlis Pengumuman Calon PRU-14 Pakatan Harapan Negeri Sembilan berikutan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Negeri Sembilan gagal mengumumkan senarai nama calonnya yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada malam ini. - Foto Hazreen Mohamad
Oleh Ifwan Tun Tuah dan Tuty Haryanti Ahmad Rodzi


PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), gagal mengumumkan senarai nama calonnya yang akan bertanding di Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), walaupun dijadualkan berbuat demikian pada malam ini.

Ketua Badan Pimpinan PPBM Negeri Sembilan, Baharuddin Ahmad, berkata keadaan itu berlaku kerana pihak ibu pejabat belum memuktamadkan senarai nama calon terbabit.

"Insya-Allah, esok senarai nama calon itu akan dimuktamadkan seterusnya diumumkan.

"Bagi pihak PPBM, saya memohon maaf. Walaupun begitu, semangat kami adalah bersama dengan Pakatan Harapan (PH)," katanya ketika berucap pada majlis pengumuman calon PRU-14 Pakatan Harapan Negeri Sembilan, di sini, malam ini.

PPBM diberi kuota enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dua kerusi Parlimen di Negeri Sembilan bagi PRU-14.

Selain itu, PKR akan bertanding di 12 kerusi DUN, DAP (11), Parti Amanah Negara (tujuh), manakala bagi Parlimen, setiap parti mendapat dua kerusi.

Sementara itu, Pengerusi PKR negeri, Aminuddin Harun, pada majlis itu mengumumkan, beliau akan mempertahankan kerusi DUN Sikamat, selain Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Loke Siew Fook, mempertahankan kerusi Parlimen Seremban dan DUN Chennah pada PRU-14.

Katanya, selain itu, Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Dr Hasan Baharom bertanding di Parlimen Tampin, manakala Pengerusi PAN Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar (DUN Johol) dan Timbalan Pengerusi PAN negeri, Mohamad Taufek Abd Ghani (DUN Paroi).

SENARAI CALON PAKATAN PEMBANGKANG NEGERI SEMBILAN:

PARLIMEN

P126 - Jelebu - Mustafar Ab Kadir (PAN)

P127 - Jempol - Kuota PPBM

P128 - Seremban- Loke Siew Fook (DAP)

P129 - Kuala Pilah - Kuota PPBM

P130 - Rasah- Cha Kee Chin (DAP)

P131 - Rembau - Lt Kol (B) Roselli Abdul Ghani (PKR)

P132 - Port Dickson - Rosman Junid (PKR)

P133 - Tampin - Dr Hasan Baharom (PAN)

DUN

N1 - Chennah - Loke Siew Fook (DAP)

N2 - Pertang - Kuota PPBM

N3 - Sungai Lui - Zainal Fikri Abd Kadir (PKR)

N4 - Klawang - Bakri Sawir (PAN)

N5 - Serting - Abd Rahman Ramli (PAN)

N6 - Palong - Kuota PPBM

N7 - Jeram Padang - S Musliadi Sabtu (PKR)

N8 - Bahau - Teo Kok Seong (DAP)

N9 - Lenggeng - Suhaimi Kassim ( PAN)

N10 - Nilai - J Arul Kumar (DAP)

N11 - Lobak- Chew Seh Yong (DAP)

N12 – Temiang - Ng Chin Tsai (DAP)

N13 – Sikamat - Aminuddin Harun (PKR)

N14 - Ampangan - Dr Mohamad Rafie Ab Malek (PKR)

N15 – Juasseh - Rosli Omar (PKR)

N16 - Seri Menanti - Kuota PPBM

N17 – Senaling - Md Rais Mohamad @ Basiron (PAN)

N18 – Pilah - Mohamad Nazaruddin Sabtu (PKR)

N19 – Johol - Zulkefly Mohamad Omar (PAN)

N20 – Labu - Ismail Ahmad (PKR)

N21 - Bukit Kepayang - Tan Lee Koon (DAP)

N22 – Rahang - Mary Josephine Prittam Singh (DAP)

N23 – Mambau - Yap Yew Weng (DAP)

N24 – Seremban Jaya - P Gunasekaren (DAP)

N25 – Paroi- Mohamad Taufek Abd Ghani (PAN)

N26 – Chembong - Kuota PPBM

N27 – Rantau - Dr S Streram (PKR)

N28 – Kota - Sahrizal Masrudin (PAN)

N29 – Chuah - Yek Diew Ching (PKR)

N30 – Lukut - Choo Ken Hwa (DAP)

N31 - Bagan Pinang - Kuota PPBM

N32 – Linggi - Rusli Abdullah (PKR)

N33 - Sri Tanjung - M Ravi (PKR)

N34 – Gemas - Baharuddin Siri (PKR)

N35 – Gemencheh - Kuota PPBM

N36 – Repah - S Veerapan (DAP)

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 April 2018 @ 12:16 AM