Dairy Champ

Kejayaan tidak datang bergolek. Bagi segelintir individu, status diri sebagai orang kurang upaya (OKU) memberi mereka lebih banyak cabaran sukar untuk kekal bersaing. Tambahan jika tenggelam dalam rasa tidak yakin dengan kemampuan diri sejak kecil.

Dalam situasi ini, banyak perkara perlu diperbaiki. Usaha perlu digandakan bersama tekad dan azam yang kuat untuk berdiri sama tinggi dengan insan lain. Tidak ada alasan untuk mengalah atau menyerah kalah. Ini dibuktikan sendiri atlet paralimpik negara, Ziyad Zolkefli dan Ridzuan Puzi.

Dairy Champ, jenama isi rumah selama 20 tahun di Malaysia berkongsi semangat kental kedua-dua atlet ini dalam membuktikan kemampuan golongan OKU berjaya, sekali gus mengharumkan nama negara.

NASHA (tengah) bersama anggota kumpulan Febians.
NASHA (tengah) bersama anggota kumpulan Febians.

Tidak kira Ziyad atau Ridzuan, kedua-duanya pernah merasa kekurangan dan kerap diejek serta dibandingkan dengan rakan sebaya. Biarpun demikian, mereka bertuah kerana mampu kekal fokus dengan bantuan keluarga tersayang.

Kecekalan dan usaha gigih mereka untuk terus mengungguli acara sukan tidak lagi mustahil. Kini, Ziyad dan Ridzuan masing-masing pemegang pingat emas dan memecahkan rekod paralimpik dunia.

Sebagai jenama susu yang komited menyokong juara sebenar, Dairy Champ mahu semangat kental dua anak muda ini bersama atlet paralimpik lain terus dicontohi.

Dalam pada terpaksa bersaing untuk mendapatkan layanan setara atlit lain, Ziyad dan Ridzuan memilih untuk membuktikan kemampuan dengan merekodkan pencapaian di luar jangkaan. Mereka menempa sejarah gemilang bukan saja untuk diri, malah buat negara tercinta.

Ternyata persepsi boleh diubah. Asalkan, seseorang itu sanggup meningkatkan usaha, yakin dan percaya pada kemampuan diri, kejayaan pasti berada dalam genggaman.

Sudah tentu, sokongan keluarga dan jurulatih menjadi antara faktor penting. Dengan semangat dan tunjuk ajar diberi, sesiapapun mampu bangun mendepani cabaran.

Bagi rakyat Malaysia, semangat juang yang diperlihatkan atlet paralimpik negara ini menjadi inspirasi untuk mereka memberikan yang terbaik dalam hidup. Jika mereka mampu melakar pencapaian yang membanggakan, bagaimana dengan anda?

Mulakan dengan Dairy Champ, produk tenusu berkualiti yang kaya dengan vitamin. Ia meningkatkan rasa dan tekstur makanan serta minuman untuk pengalaman yang memuaskan. Lebih dari itu, ia pasangan terbaik untuk kopi atau teh dan sesuai untuk menambah keenakan rasa sup, sos serta pencuci mulut.

Dairy Champ mengajak semua pembaca untuk berkongsi kisah penuh inspirasi mereka dengan menghantar coretan yang boleh memberi semangat kepada orang lain ke e-mel [email protected]

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Februari 2018 @ 11:51 AM
WIRA paralimpik kebangsaan, Muhammad Ziyad dan Ridzuan Puzi.
WIRA paralimpik kebangsaan, Muhammad Ziyad dan Ridzuan Puzi.
KRIMER Sejat dan Krimer Manis antara produk berkualiti keluaran Dairy Champ.
KRIMER Sejat dan Krimer Manis antara produk berkualiti keluaran Dairy Champ.