SULTAN Sallehuddin mengurniakan Darjah Kerabat Kedah, kepada Sultanah Maliha. FOTO Sharul Hafiz Zam
SULTAN Sallehuddin mengurniakan Darjah Kerabat Kedah, kepada Sultanah Maliha. FOTO Sharul Hafiz Zam
Aizat Sharif


SULTANAH Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff mendahului senarai tiga kerabat yang menerima penganugerahan darjah kebesaran serta gelaran sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah yang ke-76, hari ini.

Baginda dianugerahkan Darjah Kerabat Kedah (DK) melalui istiadat yang berlangsung di Istana Anak Bukit, Alor Setar, hari ini.

Dalam istiadat yang sama juga, Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff, turut menerima Darjah Seri Paduka Muda Kedah (SPMK).

Sementara itu, bekas Sultanah Kedah, Datuk Seri Utama Haminah Hamidun pula dianugerahkan gelaran Che Puan Besar Kedah.

Sultan Sallehuddin dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah Ke-29 pada 12 September tahun lalu selepas kemangkatan almarhum kekanda baginda, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, pada 11 September tahun lalu.

Sebelum ini, baginda Sultan Kedah turut menerima Darjah Kebesaran (DK) dari beberapa negeri yang lain pada tahun lalu seperti DK Kelantan pada 30 September, diikuti DK Johor pada 30 Oktober lalu serta DK Perak pada 5 Disember.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 January 2018 @ 3:40 PM