(Gambar fail) Aminuddin (tiga dari kiri) bercakap kepada media pembentukan pimpinan tertinggi PH Negeri Sembilan di pejabat PKR Negeri Sembilan September lalu. FOTO Adzlan Sidek
(Gambar fail) Aminuddin (tiga dari kiri) bercakap kepada media pembentukan pimpinan tertinggi PH Negeri Sembilan di pejabat PKR Negeri Sembilan September lalu. FOTO Adzlan Sidek
BERNAMA

PENGERUSI Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Aminuddin Harun berkata agihan kerusi yang akan ditandingi pakatan itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) masih belum dimuktamadkan memandangkan terdapat beberapa kerusi yang belum mencapai kata putus.

Beliau berkata, bagaimanapun, perbincangan mengenainya kini di peringkat akhir dan dijangka akan diserahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi PH untuk diluluskan, hujung bulan ini.

“Kalau selesai awal, kita akan umumkan pada Konvensyen Pakatan Harapan kali kedua di sini pada 28 Jan ini. Bagaimanapun, soal calon belum dibincangkan,” katanya pada sidang media di SEeremban hari ini.

Konvensyen PH di Hotel City Kingdom di sini dijangka dihadiri Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ditanya sama ada pakatan itu turut membincangkan soal calon menteri besar sekiranya menang pada PRU-14, Aminuddin, yang juga Pengerusi PKR negeri dan juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat, berkata perkara itu tidak dibincangkan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 January 2018 @ 11:55 PM