DUA ekor ular tedung senduk yang ditangkap anggota APM di Kampung Baru, Jalan Hospital, Baling, petang semalam. FOTO Ihsan APM
DUA ekor ular tedung senduk yang ditangkap anggota APM di Kampung Baru, Jalan Hospital, Baling, petang semalam. FOTO Ihsan APM
Safuri Kamarudin


DUA ekor ular tedung senduk yang sedang berlawan di halaman rumah seorang penduduk di Kampung Baru, Jalan Hospital, Baling ditangkap anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), petang semalam.

Pegawai APM Baling Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada 6 petang sebelum sepasukan empat anggota sampai di lokasi 15 minit kemudian.

Menurutnya, mereka mengambil masa 15 minit untuk menangkap dua ular tedung sepanjang satu meter dan seberat dua kilogram.

"Dalam tempoh empat hari ini, tiga ekor ular berbisa berjaya ditangkap dan faktor cuaca panas menjadi punca ular berkenaan keluar ke kawasan penempatan penduduk," katanya dihubungi, hari ini.

Menurutnya, kebiasaannya ular tedung selar kerap ditemui dan ditangkap oleh anggota APM, berbanding ular tedung senduk.

Katanya, orang ramai diminta berhati-hati berdepan dengan haiwan berbisa dan mereka diminta menghubungi talian 04-4701626 atau 999 bagi mendapatkan bantuan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 January 2018 @ 1:29 PM