ANTARA pemenang Majlis Anugerah Media Pahang DRB-HICOM.
ANTARA pemenang Majlis Anugerah Media Pahang DRB-HICOM.
HM Digital

Kuantan: Harian Metro (HM) memenangi beberapa kategori pada majlis Anugerah Media Pahang DRB-HICOM 2017
di sini, kelmarin.

Mohamad Azim Fitri Abd Aziz memenangi tempat kedua kategori Laporan Berita Bahasa Melayu dan tempat ketiga Laporan Berita Jenayah manakala Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz memenangi tempat kedua kategori Penulisan Rencana Bahasa Melayu.

Ketua Biro HM Pahang Mohd Fauzi Abdullah pula meraih tempat ketiga kategori Laporan Berita Sukan manakala wartawan sambilan Ainal Marhaton Abd Ghani meraih tempat ketiga Penulisan Rencana Bahasa Melayu.

Wartawan Berita Harian (BH) Amin Ridzuan Ishak memenangi tempat pertama kategori Laporan Berita Bahasa Melayu dan wartawan New Straits Times (NST) T N Alagesh memenangi tempat pertama kategori Laporan Berita Sukan serta tempat ketiga kategori Laporan Berita Bahasa Inggeris.

Koresponden NST Pahang Hidir Reduan Abdul Rashid memenangi tempat kedua Laporan Berita Bahasa Inggeris manakala Kordinator Foto NSTP Pahang Zulkepli Osman memenangi tempat ketiga kategori Fotografi Berita serta jurufoto NSTP, Muhammad Farizul Hafiz Awang mendapat tempat ketiga kategori Fotografi Berita Sukan.

Anugerah disampaikan Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob dan Ketua Komunikasi Strategi Kumpulan DRB HICOM Mahmood Abdul Razak.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA negeri Datuk Abu Bakar Harun dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-Tugas Khas negeri Datuk Norol Azali Sulaiman.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Disember 2017 @ 8:18 AM