Kerajaan negeri turut memperuntukkan RM57,000 kepada JPS cawangan Kota Bharu untuk menjamin air dapat mengalir lebih baik.
Kerajaan negeri turut memperuntukkan RM57,000 kepada JPS cawangan Kota Bharu untuk menjamin air dapat mengalir lebih baik.
BERNAMA

JABATAN Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan membelanjakan sebanyak RM1.931 juta bagi memulihara dan menyelenggara sungai-sungai di negeri ini pada tahun ini.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob

pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu hari ini.

Beliau berkata JPS Kelantan turut memperuntukkan sebanyak RM558,481.47 sebagai peruntukan tambahan untuk melaksanakan kerja-kerja kecemasan di luar jangka sebagai persediaan sebelum atau selepas banjir.

“Peruntukan kecemasan luar jangka itu digunakan bagi memulih kembali jalan atau jambatan yang rosak serta memulihkan struktur kawalan (banjir) dan pembetung di seluruh jajahan.

“Selain itu, kerajaan negeri turut memperuntukkan RM57,000 kepada JPS cawangan Kota Bharu untuk tujuan persiapan bagi menjamin air dapat mengalir lebih baik,” katanya di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan Rohani Ibrahim (PAS-Tanjong Mas) yang ingin tahu langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan negeri bagi menghadapi banjir pada 2017 khususnya di bandar Kota Bharu dan kawasan-kawasan yang sering berlaku banjir.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 November 2017 @ 11:35 AM