DUA kontraktor, Nor Azamuddin Ahmad, 48, (tengah) dan Farid Idris Khan, 37, (kiri) dilepaskan dan dibebaskan daripada tiga pertuduhan rasuah. IHSAN
DUA kontraktor, Nor Azamuddin Ahmad, 48, (tengah) dan Farid Idris Khan, 37, (kiri) dilepaskan dan dibebaskan daripada tiga pertuduhan rasuah. IHSAN
Meor Riduwan Meor Ahmad


DUA kontraktor dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Khas Rasuah, Alor Setar, hari ini, terhadap tiga tuduhan rasuah bernilai keseluruhan RM135,000 berkaitan kuota beras ST15, tiga tahun lalu.

Hakim Zanol Rashid Hussain membuat keputusan selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguaan munasabah terhadap Nor Azamuddin Ahmad, 48, dan Farid Idris Khan, 37.

“Pembelaan juga berjaya mematahkan eleman 'anggapan' mengikut Seksyen 50 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

“Oleh itu, kedua-dua tertuduh dilepas dan dibebaskan terhadap semua pertuduhan,” katanya ketika memberikan penghakiman lisan di akhir kes pembelaan, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 November 2017 @ 1:18 PM