Anggota polis dan FRU berkawal di perkarangan Stadium Perak selepas Perlawanan Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia antara Perak menentang JDT di Stadium Perak. FOTO MUHAIZAN YAHYA
Anggota polis dan FRU berkawal di perkarangan Stadium Perak selepas Perlawanan Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia antara Perak menentang JDT di Stadium Perak. FOTO MUHAIZAN YAHYA
Seorang penyokong dipercayai terkena mercun di pekarangan Stadium Perak selepas Perlawanan Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia antara Perak menentang JDT di Stadium Perak. FOTO MUHAIZAN YAHYA
Seorang penyokong dipercayai terkena mercun di pekarangan Stadium Perak selepas Perlawanan Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia antara Perak menentang JDT di Stadium Perak. FOTO MUHAIZAN YAHYA
Muhammad Apendy Issahak

PERLAWANAN separuh akhir pertama antara Perak menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) berakhir dengan kedua-dua pasukan terikat 1-1, namun kekecohan tercetus sebaik tamat perlawanan.

Penyokong dilihat membaling objek termasuk mercun ke dalam padang dan juga luar stadium.

Terdapat seorang penyokong cedera di kepala dan perut dipercayai terkena letupan mercun di luar stadium.

Pasukan polis termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) mengawal keadaan bagi menyuraikan penyokong yang masih memenuhi kawasan tempat letak kereta stadium.

Beberapa tangkapan turut terpaksa dbuat oleh polis dan FRU untuk mengawal keadaan.

Bagaimanapun, enam bas yang membawa penyokong pelawat sudah beredar dari kawasan stadium bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Kekecohan berjaya dikawal dan penyokong bersurai meninggalkan kawasan stadium pada 12.15 tengah malam.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Oktober 2017 @ 12:04 AM