KERATAN laporan terdahulu mengenai banjir kilat dekat Sedim, Kulim.
KERATAN laporan terdahulu mengenai banjir kilat dekat Sedim, Kulim.
Azahar Hashim


PUSAT pemindahan sementara di Surau Kampung Tebuan, dekat Sedim, Kulim, ditutup sepenuhnya awal pagi ini.

Ini berikutan banjir kilat kian surut dan semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kulim, Leftenan (PA) Mohd Fadhil Fahmi Zaini, berkata keseluruhannya 32 mangsa daripada enam keluarga ditempatkan secara berperingkat di pusat itu selepas kediaman mereka dinaiki air.

Dia berkata, mereka adalah penduduk tiga rumah di Kampung Tebuan dan Kampung Jalan Baru, Sedim.

“18 mangsa di Kampung Tebuan manakala 14 di Kampung Jalan Baru. Mereka terdiri lima lelaki dan perempuan (10), warga emas (9), enam kanak-kanak (6) dan OKU (1).

“Pihak kami mendapat bantuan agensi kerajaaan seperti polis, Pejabat Daerah, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kulim, Chua Teong Gee, turut meninjau penduduk yang dilanda musibah banjir kilat di pusat pemindahan itu.

Berita berkaitan

Dua kampung dilanda banjir

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 September 2017 @ 11:30 AM