Basikal ditunggang mangsa
Basikal ditunggang mangsa
Adnan Ibrahim


MURID lelaki berusia 11 tahun maut apabila basikal ditunggang terbabit kemalangan dengan kereta di depan Sekolah Kebangsaan Bukit Tongkat, Felda Ulu Belitong, Kluang, Johor, kira-kira 1.30 tengah hari semalam.

Ketika kejadian, Muhamad Helmie Muhamad Rizan, murid tahun lima sekolah berkenaan dalam perjalanan pulang ke rumah neneknya yang terletak kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian sebaik tamat sesi persekolahan.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Muhamad Laham berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai keluar secara melulu dari simpang sekolahnya sebelum melanggar bahagian tepi sebuah Proton Wira yang dipandu wanita berusia 35 tahun.

“€œAkibat kejadian itu, mangsa terjatuh di atas jalan dan mengalami kecederaan di kepala serta tidak sedarkan diri sebelum dikejar ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang untuk rawatan lanjut.

€œSelepas bertarung nyawa hampir enam jam di Unit Rawatan Rapi (ICU), mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira 8 malam semalam," katanya ketika dihubungi hari ini.

Muhamad berkata, kes akan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian tampil menyalurkan maklumat.

Jenazah mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Tongkat tengah hari tadi sebaik selesai bedah siasat di HEBHK.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Ogos 2017 @ 8:55 PM