Ramli  (tengah) menunjukkan beg yang digunakan untuk mengisi syabu.
Ramli (tengah) menunjukkan beg yang digunakan untuk mengisi syabu.
HM Digital

Kota Kinabalu: Polis menumpaskan satu sindiket dadah di Sabah dengan tertangkapnya empat lelaki termasuk seorang warga Filipina dan merampas syabu seberat 7.2 kilogram (kg) bernilai RM500,000 dalam serbuan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dan sekitar daerah ini, Ahad lalu.

Dalam serbuan antara jam 10.15 pagi dan 1.15 tengah hari itu, semua suspek berusia 27 hingga 39 tahun terbabit ditahan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata, hasil maklumat dan risikan, pihaknya terdahulu menahan dua suspek dipercayai baru saja tiba di perkarangan balai ketibaan KKIA selepas mengikuti penerbangan dari Senai, Johor.

Beliau berkata, dalam tangkapan pertama itu, pihaknya menemui tujuh bungkusan plastik berisi syabu yang disorokkan kedua-dua suspek
di dalam dua beg sandang dibawa mereka.

“Dalam tangkapan pertama pada jam 10.15 pagi di KKIA, kami menahan dua suspek lelaki tempatan yang baru saja tiba dari Semenanjung,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Ogos 2017 @ 5:44 AM