Keadaan van dan MPV polis yang terbabit kemalangan. FOTO ihsan polis
Keadaan van dan MPV polis yang terbabit kemalangan. FOTO ihsan polis
Mohamad Fahd Rahmat


TIGA belas cedera termasuk tujuh anggota polis dan empat orang kena tuduh (OKT) dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 123.4 Lebuhraya PLUS arah Yong Peng-Pagoh, Johor, 8.40 pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, mereka dalam perjalanan ke Mahkamah Tinggi Muar.

“Pemandu van dan kereta unit peronda (MPV) polis gagal mengelak sebuah Toyota Hilux yang terbabas.

"Semua anggota dan OKT mengalami kecederaan ringan manakala pemandu MPV tersepit di tempat pemandu dan patah kaki.

"Seorang anggota berpangkat Sarjan juga disyaki patah kaki dan ditahan di wad Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Ogos 2017 @ 5:02 PM