Kemalangan di Kilometer 4.4 Jalan Machang-Pasir Puteh dekat persimpangan Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah 2, Machang yang mengorbankan pelajar tingkatan dua. FOTO ihsan pembaca
Kemalangan di Kilometer 4.4 Jalan Machang-Pasir Puteh dekat persimpangan Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah 2, Machang yang mengorbankan pelajar tingkatan dua. FOTO ihsan pembaca
Siti Nadzirah Che Mud


PELAJAR lelaki tingkatan dua maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 4.4 Jalan Machang-Pasir Puteh dekat persimpangan Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah 2, Machang hari ini.

Dalam kejadian jam 6.35 petang itu mangsa Mohamad Syazman Mohd Mahadi, 14 dari Kampung Kok Kiak Baka dekat sini, meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat dibawa ke Hospital Machang untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga untuk dikebumikan.

Ketua Polis Daerah Machang Deputi Superintendan Dzulkifli Ab Ghani berkata, sebelum kejadian, mangsa yang menunggang motosikal Honda C70 dari arah Machang menghala Pasir Puteh itu dipercayai berlumba dengan tiga motosikal lain.

Bagaimanapun, katanya, apabila tiba di lokasi kejadian mangsa merempuh sisi belakang kereta Perodua Axia yang cuba memasuki simpang.

"Akibat rempuhan itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta tidak cedera

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1), Akta Pengangkutan Jalan 1987, " katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Ogos 2017 @ 11:55 PM