PESERTA berarak secara aman ke Kedutaan Amerika Syarikat selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Tabung Haji. FOTO Rizanizam Abdul Hamid
PESERTA berarak secara aman ke Kedutaan Amerika Syarikat selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Tabung Haji. FOTO Rizanizam Abdul Hamid
Rizanizam Abdul Hamid


LEBIH 1,000 umat Islam menyertai perarakan aman ke Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur bagi membantah pencabulan hak kebebasan beribadah susulan penutupan Masjid al-Aqsa oleh rejim Israel sejak Jumaat lalu.

Terdahulu, peserta perhimpunan 'Untukmu, Ya Al-Aqsa' yang terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu menunaikan solat Jumaat di Masjid Tabung Haji sebelum berarak dari pekarangan Masjid Tabung Haji Kedutaan.

Antara NGO terbabit adalah Humanitarian Care Malaysia (MyCare), Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN), Yayasan Al-Quds Malaysia (AQFM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, Palestian Cultural Organization Malaysia (PCOM), Global Peace Mission Malaysia, Malaysian Life Line For Syria (MLLFS) dan beberapa NGO lain.

Turut hadir Pengerusi MyCARE, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor dan Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Mohd Azmi Abdul Hamid.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Julai 2017 @ 3:13 PM