NORSHAHIDA hadir  di Mahkamah Majistret Seremban. FOTO Adzlan Sidek
NORSHAHIDA hadir di Mahkamah Majistret Seremban. FOTO Adzlan Sidek
Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor


BEKAS isteri kedua pelakon Adie Putra iaitu Norshahida Zolkifly, 34, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban, hari ini atas pertuduhan melanggar syarat sebagai orang dalam pengawasan polis, 6 Julai lalu.

Norshahida membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nurulfitriza Abd Latif sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah terhadapnya.

Mengikut kertas pertuduhan, Norshahida didakwa melanggar syarat pengawasan polis apabila meninggalkan Pekan Nilai tanpa kebenaran.

Dia didawa melakukan perbuatan itu pada 3 petang 6 Julai lalu apabila berkunjung ke hotel di Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur.

Norshahida didakwa mengikut Seksyen 15 (4)Akta Pencegahan Jenayah 1959 yang memperuntukkan penjara sehingga 10 tahun, jika sabit kesalahan.

Mendengar pengakuan tidak bersalah, Nurulfitriza menetapkan 14 Ogos depan sebagai sebutan semula kes dan menawarkan jaminan RM5,000.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Soo Kok Weng manakala tertuduh diwakili Peguam, M Haresh dan Ramzani Idris.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Julai 2017 @ 2:07 PM