Bas yang terbabas selepas mengelak dua babi melintas di kilometer 138.3 arah utara Lebuhraya PLUS berhampiran Pagoh, Muar, hari ini. FOTO ihsan pembaca
Bas yang terbabas selepas mengelak dua babi melintas di kilometer 138.3 arah utara Lebuhraya PLUS berhampiran Pagoh, Muar, hari ini. FOTO ihsan pembaca
Mohamad Fahd Rahmat


BAS ekspres membawa 19 penumpang terbabas ke bahu jalan di kilometer 138.3 arah utara Lebuhraya PLUS berhampiran Pagoh, Muar selepas mengelak dua babi melintas jalan pada 4.45 petang hari ini.

Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, pemandu dan penumpang tidak cedera dalam kemalangan itu.

"Penumpang dibawa oleh bas lain yang melalui lebuh raya terbabit dan dua anggota ditugaskan mengawal lalu lintas di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor tidak menerima laporan berhubung kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Jun 2017 @ 8:45 PM