KENDERAAN yang terbabit kemalangan di Kampung Kuala Inas. FOTO Amran Yahya
KENDERAAN yang terbabit kemalangan di Kampung Kuala Inas. FOTO Amran Yahya
Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor dan Amran Yahya


LELAKI maut manakala tujuh yang lain parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kampung Kuala Inas, Jalan Seremban-Kuala Pilah di Kuala Pilah, hari ini.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBDP) Kuala Pilah, Adnan Yaacob berkata, kejadian 7.45 pagi itu membabitkan lima lelaki dan tiga wanita.

Katanya, kejadian berpunca apabila Proton Preve dinaiki lima sekeluarga dari arah Inas ke Rembau hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan.

"Disebabkan itu kenderaan terbabit merempuh Proton Exora dinaiki dua wanita beserta motosikal Honda Future," katanya.

Adnan berkata, pemandu Proton Preve, Mohd Zain Shamsudin, 58, maut akibat tersepit manakala tujuh yang lain parah.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Jun 2017 @ 2:56 PM