SEORANG daripada dua mangsa kemalangan. FOTO Amran Yahya
SEORANG daripada dua mangsa kemalangan. FOTO Amran Yahya
Oleh Amran Yahya


Kuala Pilah: Dua remaja maut apabila motosikal dinaiki bertembung dengan kereta di Kilometer 32 Jalan Seremban-Kuala Pilah, Tanjung Ipoh di sini, semalam.

Mangsa, Muhammad Hazany Zham Hazmy, 17, dan pemboncengnya Ahmad Nor Asri Mohd Nor, 15, maut di tempat kejadian.

Sumber berkata, dalam kejadian kira-kira 5.45 petang itu, mereka dikatakan dalam perjalanan dari pekan Kuala Pilah mahu pulang ke rumah di Kampung Talang, Tanjung Ipoh.

"Bagaimanapun ketika cuba memotong kenderaan lain dari arah sama, motosikal mangsa bertembung dengan kereta dari arah bertentangan. Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di lokasi," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Azmi Abdul Rahim mengesahkan kejadian itu dan berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di sini, untuk bedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Julai 2015 @ 10:24 AM