ORANG ramai tidak lepas peluang beli sate di Satay Charo.
ORANG ramai tidak lepas peluang beli sate di Satay Charo.
WAHIDAHNI (kiri)  menunjukkan sate yang dijual di gerai Satay Charo.
WAHIDAHNI (kiri) menunjukkan sate yang dijual di gerai Satay Charo.
TUAN Aida (kanan) menunjukkan nasi kerabu ikan solok.
TUAN Aida (kanan) menunjukkan nasi kerabu ikan solok.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


Kuala Lumpur: Peranan wanita dalam membantu ekonomi keluarga sememangnya diakui dan mereka jugalah yang banyak menyumbang kepada kebajikan dan nilai tambah masyarakat.

Memahami kepentingan itu, Coca-Cola melaksanakan komitmen global untuk memperkasakan lebih lima juta usahawan wanita menjelang 2020 menerusi program 5by20 di bawah Komuniti Usahawan Coca-Cola (Coca-Cola KU).

Menerusi program itu, usahawan wanita tempatan akan diberi latihan pengurusan serta pendedahan mengenai pertumbuhan perniagaan melalui aplikasi mudah alih.

Sepanjang Ramadan ini misalnya, banyak gerai makanan dan minuman di bazar Ramadan yang dikendalikan oleh usahawan wanita, sebahagian daripada mereka adalah peserta program Coca-Cola KU.

Gerai Nasik Cik Doh di Bazar Ramadan Setapak Indah, Danau Kota, yang diusahakan oleh dua beradik Tuan Aida Tuan Hassan, 47, dan adiknya Tuan Junaidah, 42, contohnya kini menjadi tumpuan ramai hingga tidak menang tangan dibuatnya.

Mereka menyajikan hidangan enak makanan popular dari Kelantan iaitu nasi kerabu, nasi kak wok serta laksam menggunakan hasil resipi ibu mereka.

“Ikan solok ini dimasak bersama beberapa bahan antaranya kelapa muda, bawang, halia serta daun kesum dan rasanya juga lebih enak berbanding ikan goreng tepung biasa.

“Jika berkunjung ke Kelantan sekalipun, ia sudah sukar untuk didapati di kedai biasa kerana hanya golongan tua yang mahir menyediakannya,” katanya.

Bagi peniaga sate, Satay Charo di Bazar Ramadan Seksyen 1, Wangsa Maju, Wahidahni Muhd Kadir, 23, dia mempelajari cara untuk menganalisis modul perniagaan menerusi aplikasi mudah alih yang disediakan.

Katanya, jualan sate semakin meningkat dan dalam sehari dianggarkan lebih 1,000 cucuk dijual di tiga lokasi gerai bazar Ramadan di sekitar Wangsa Maju.

Sementara itu, untuk melengkapkan juadah buka puasa anda, nikmatilah segelas Coca-Cola yang menyegarkan.

Tidak ketinggalan, kunjungi trak Coca-Cola di bazar terpilih untuk tawaran menarik serta pelbagai jenama yang ditawarkan sepanjang Ramadan ini.

Selain itu, jangan lupa kunjungi gerai jualan di bazar Ramadan untuk menyumbang dan membantu usahawan wanita.

Di Malaysia program 5by20 ini adalah program Coca-Cola KU di mana usahawan wanita tempatan akan diberi sokongan dalam bentuk latihan pengurusan perniagaan dan pendedahan mengenai pertumbuhan perniagaan yang sewajarnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Mei 2017 @ 2:11 AM