MAHATHIR  bersama isteri, Yusmizana menunjukkan anugerah dan hadiah yang diterima.
MAHATHIR bersama isteri, Yusmizana menunjukkan anugerah dan hadiah yang diterima.
Oleh Mary Victoria Dass

Johor Bahru: “Banyak yang saya dan isteri korbankan termasuk dalam hal keluarga, tetapi syukur mereka semua memahami cita-cita kami,” kata penuntut Ijazah Sarjana Muda Sains (Pentadbiran dan Pembangunan Tanah) Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan Universiti Teknologi Malaysia (UTMSPACE), Mahathir Sayudin, 37, semalam.

Mahathir dan isteri, Yusmizana Che Soh, 35, yang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam menerima hadiah khas kategori suami isteri sempena anugerah sempena Majlis Konvokesyen Ke-55 UTM Skudai, di sini, esok.

Malah, bapa kepada tiga anak berusia antara lima hingga 11 tahun itu juga menerima anugerah Dekan UTMSPACE berikutan kejayaannya mencapai Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.75.

Menurut Mahathir, dia dan isteri yang bekerja sebagai pensyarah di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan, Pahang terpaksa mengupah pembantu rumah bagi menjaga anak berikutan kesibukan menghadiri kelas di kampus Kuala Lumpur setiap hujung minggu.

Katanya, lebih mencabar apabila dia dan isteri mengikuti pengajian berbeza dan perlu menghadiri kelas pada waktu berbeza.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Oktober 2015 @ 6:19 AM