SEBAHAGIAN peserta projek PBSS gembira kerana padang ragut diusahakan mereka kini hampir berjaya.
SEBAHAGIAN peserta projek PBSS gembira kerana padang ragut diusahakan mereka kini hampir berjaya.
Oleh D J Dolasoh

Gerik: Tanah seluas tiga hektar yang terbiar sejak lebih setengah abad kini dimajukan untuk dijadikan projek perintis padang ragut bagi ternakan lembu yang diusahakan secara komersil oleh 43 orang penduduk Kampung Kerunai, di sini.

Projek Berkelompok Sapi Sembai (PBSS) di Kampung Padang Sembai itu sudah mula diusahakan peserta secara bergotong-royong sejak lima bulan lalu dengan menanam rumput jenis jatang untuk dijadikan makanan haiwan itu nanti selain membina pagar yang sempurna.

Pengerusi PBSS, Sabri Mohamad, 46, berkata, projek itu bukan saja dapat memanfaatkan tanah terbiar sejak sekian lama, malah memberi pekerjaan tambahan kepada penduduk yang menyertai projek itu.

“Projek dengan bantuan pihak Jabatan Veterinar Daerah Gerik dengan peruntukan sebanyak RM10,000 untuk kos pagar kawat dan benih rumput di situ diyakini akan berjaya.

“Rumput jatang yang ditanam sejak tiga bulan lalu kini sudah matang dan Jabatan Veterinar akan membekalkan sebanyak 10 ekor lembu untuk dilepaskan di dalam kawasan padang ragut itu,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Oktober 2015 @ 8:06 AM