PESERTA yang menghadiri Bengkel Masalah Psikologi Menurut Islam dan Perubatan Moden anjuran Masjid Al-Qurtubi.
PESERTA yang menghadiri Bengkel Masalah Psikologi Menurut Islam dan Perubatan Moden anjuran Masjid Al-Qurtubi.
Oleh Muhd Izawan Baharin dan Rizanizam Abdul Hamid


Kuala Lumpur: Kebimbangan melampau (AD), kemurungan, serangan panik dan Gangguan Obsesif Kompulsif (OCD) penyakit psikiatri yang semakin menular dalam kalangan masyarakat, namun tidak ramai yang menyedarinya sehingga ia mengganggu kehidupan seseorang.

Justeru buat pertama kali, Masjid Al-Qurtubi, Taman Sri Segambut, di sini, menganjurkan Bengkel Masalah Psikologi Menurut Islam dan Perubatan Moden.

Bengkel itu dilaksanakan hasil inisiatif bilal masjid, Syazwan Jaafar yang pernah menghidap kecelaruan keresahan panik setahun sebelum sembuh.

Syazwan, 35, berkata, sebagai bekas penghidap AD, beliau mendapati kesedaran terhadap penyakit itu sama ada daripada pesakit atau orang di sekelilingnya masih rendah.

“Penyakit ini semakin menular terutama di kawasan bandar besar dan pesakit walaupun secara fizikalnya kelihatan normal, jiwa mereka menderita.

“Apa yang paling dibimbangi ahli keluarga dan rakan tidak memahami pesakit sehingga mereka dituduh mengada-ngada dan mahu menarik perhatian. Perkara ini menyebabkan penderitaan pesakit bertambah teruk,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 September 2015 @ 5:58 AM