Afzamry menunjukkan pes durian yang dihasilkan pengusaha di Pusat Operasi FAMA Jerantut.
Afzamry menunjukkan pes durian yang dihasilkan pengusaha di Pusat Operasi FAMA Jerantut.
PROSES membungkus pes durian dilakukan di Pusat Operasi FAMA Jerantut.
PROSES membungkus pes durian dilakukan di Pusat Operasi FAMA Jerantut.
Oleh Mohd Rafi Mamat

Jerantut: Lambakan durian yang sering berlaku setiap kali tiba musim raja buah sebelum ini menjadi pendorong kepada aktiviti menghasilkan produk hiliran seperti tempoyak dan pes.

Selepas muncul sebagai pemborong buah-buahan tempatan terbesar di Kampung Damak, di sini, seorang penduduk, Mahmud Che Mamat, 49, melakar kejayaan sebagai pengeluar utama produk berkenaan untuk dibekalkan kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Katanya, dia mampu menghasilkan antara 1,000 hingga 2,000 kilogram (kg) pes dan tempoyak sehari bergantung kepada jumlah buah durian yang dibekalkan pekebun di beberapa kampung tradisional di daerah ini.

Katanya, setiap pagi lebih 100 pekebun datang menghantar durian pelbagai klon seperti kampung, Musang King, D24 dan IOI ke pusat pengumpulan ladang Kampung Damak dengan harga ditawarkan antara 90 sen dan RM20 sekilogram mengikut jenis.

“Hanya durian jenis kampung saja digunakan untuk menghasilkan tempoyak yang boleh disimpan selama setahun dalam peti sejuk. Untuk mengekalkan kualiti, isi durian 100 peratus digunakan untuk menghasilkan produk berkenaan.

“Manakala untuk menghasilkan pes pula, hanya durian D24 dan IOI serta beberapa klon berkualiti saja digunakan bagi mengekalkan rasa sebenar raja buah berkenaan yang akan digunakan untuk menghasilkan pelbagai makanan.

“Pes digunakan sebagai campuran untuk mendapatkan rasa dan bau durian sebenar, antaranya bagi menghasilkan kek, aiskrim, biskut, dodol, jus dan serbuk perasa,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Ogos 2015 @ 5:12 AM