KAKITANGAN Bank Rakyat mengedarkan Jalur Gemilang di Stesen LRT Bank Rakyat, Jalan Bangsar.
KAKITANGAN Bank Rakyat mengedarkan Jalur Gemilang di Stesen LRT Bank Rakyat, Jalan Bangsar.

Kuala Lumpur: Bank Kerjasama Rakyat (M) Berhad (Bank Rakyat) mengedarkan 6,000 Jalur Gemilang bersempena sambutan Bulan Kemerdekaan menjelang akhir bulan ini.

Pengerusinya, Jeneral (B) Tan Sri Abdul Aziz Zainal berkata, inisiatif terbabit usaha pihak syarikat menyemarakkan suasana dan semangat kemerdekaan di samping memupuk semangat patriotisme serta perpaduan rakyat Malaysia.

“Melalui program ini, kami ingin mengajak orang ramai mengenang kembali pengorbanan dilakukan pejuang kemerdekaan yang terdahulu dalam mendapatkan kemerdekaan Malaysia,” katanya pada majlis pengedaran Jalur Gemilang di Stesen LRT Bank Rakyat di sini, semalam.

Hadir sama, Presiden dan Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Mustafha Abd Razak.

Selain Stesen LRT Bank Rakyat, Bank Rakyat mengedarkan 1,200 Jalur Gemilang di dua lokasi iaitu di Stesen Kuala Lumpur Sentral dan sekitar Menara Berkembar Bank Rakyat, Bangsar.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Ogos 2015 @ 8:23 AM