AHMAD Phesal (kiri) bersama Zulkifli  (kanan) ketika meninjau cerun yang terhakis di  perkarangan Bukit Aman.
AHMAD Phesal (kiri) bersama Zulkifli (kanan) ketika meninjau cerun yang terhakis di perkarangan Bukit Aman.
Oleh Asmah Rusman

Kuala Lumpur: Bangunan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman selamat diduduki. Itu antara janji pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) susulan laporan hakisan tebing yang berlaku di kawasan itu.

Difahamkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) gusar apabila tebing bukit berhampiran bangunan itu yang mengadap Jalan Kinabalu dikesan mula runtuh sejak November tahun lalu.

Datuk Bandar Tan Sri Ahmad Phesal Talib berkata, pasukan teknikal DBKL dibantu Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) sebelum ini sudah membuat kajian dan lawatan di lokasi berkenaan.

Menurutnya, kira-kira 50 peratus kerja pembaikan cerun dan sistem perparitan di Jalan Kinabalu yang berisiko tinggi sudah siap menepati jadual ditetapkan DBKL sejak dimulakan pada 9 Mac lalu.

“Sehubungan itu, DBKL sudah mengarahkan IKRAM menjalankan kajian dan mengemukakan cadangan kerja pembaikan bersesuaian sebelum melantik kontraktor yang pakar dalam kerja berkenaan,” katanya selepas sesi taklimat dan lawatan di Bukit Aman, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Julai 2015 @ 8:08 AM