AHMAD Hassan (depan dua dari kanan) bersama tenaga pengajar Kolej Vokasional Sungai Petani 2.
AHMAD Hassan (depan dua dari kanan) bersama tenaga pengajar Kolej Vokasional Sungai Petani 2.
AHMAD Hassan menunjukan Sijil Perkhidmatan dan Pengetua Cemerlang yang diterima sepanjang 35 tahun berkhidmat sebagai guru.
AHMAD Hassan menunjukan Sijil Perkhidmatan dan Pengetua Cemerlang yang diterima sepanjang 35 tahun berkhidmat sebagai guru.
Oleh Rosyahaida Abdullah dan Omar Osman

Sungai Petani: Menyedari mulianya tanggungjawab seorang pendidik mendorong Ahmad Hassan, 61, berusaha gigih bagi mencapai cita-cita itu sejak di sekolah rendah lagi.

Impian Ahmad dari Kampung Alor Nibong, Kota Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah menjadi kenyataan apabila diterima melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Perguruan jurusan Sains Kimia di Universiti Pertanian (kini, Universiti Putra), Serdang, ketika berusia 22 tahun pada 1975.

Kini, selepas 35 tahun menabur bakti di beberapa sekolah, bekas Pengarah Kolej Vokasional Sungai Petani 2, Kedah itu, berpuas hati kerana ramai anak didiknya berjaya dalam kehidupan mereka.

Ahmad mengakui sepanjang bergelar guru, beliau sentiasa mengamal prinsip saling hormat-menghormati serta memupuk rasa kasih sayang antara pelajar dan guru.

“Saya juga mengambil berat serta memberi semangat kepada guru supaya memberi tumpuan kepada bidang masing-masing.

“Inilah kunci kejayaan sepanjang bergelar guru dan berasa puas dapat mencurah bakti kepada anak bangsa di negara ini,” katanya yang bersara tahun lalu.

Baginya, tiada kata yang dapat menggambarkan perasaan apabila melihat kejayaan anak didiknya dan merasakan tugasnya selesai jika semuanya berjaya dalam hidup.

Mengimbas penghargaan diterima sepanjang bergelar guru, Ahmad antara anak Melayu yang menerima Anugerah Guru Cemerlang dalam bidang Sains Kimia dan menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada 1996, 2004 dan 2010.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Mei 2015 @ 10:39 AM