KANAK-kanak taska seliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Putrajaya mengikuti proses pembelajaran mengikut silibus.
KANAK-kanak taska seliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Putrajaya mengikuti proses pembelajaran mengikut silibus.
Oleh Intan Mas Ayu Shahimi

Kuala Lumpur: Ibu bapa disaran memilih taska berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) supaya mudah diambil tindakan sekiranya berlaku sebarang kemalangan, kecederaan atau penderaan.

Ketua Pengarah JKM Datuk Norani Mohd Hashim berkata, pertimbangan sewajarnya harus diambil ibu bapa untuk memastikan keselamatan anak terjamin ketika dalam jagaan taska mahupun pusat asuhan.

“Kami ingatkan ibu bapa, sekiranya berlaku kemalangan di taska tidak berdaftar, mereka boleh dituduh cuai atau mengabaikan kebajikan anak mengikut Akta Kanak-kanak 2001.

“Jika disabitkan kesalahan, ibu bapa boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Menurut Norani, majoriti taska haram gagal menepati beberapa piawaian mengikut Seksyen 8 Akta Taska 1984 iaitu tidak cukup pengasuh, tiada kelulusan agensi teknikal, tiada aktiviti merangsang perkembangan kanak-kanak dan lemah dari sudut penyelenggaraan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 April 2015 @ 10:10 AM