MANGSA diberi bantuan pernafasan sebaik menaiki helikopter.
MANGSA diberi bantuan pernafasan sebaik menaiki helikopter.
 MV Costa Serena dalam perjalananke Singapura.
MV Costa Serena dalam perjalananke Singapura.
Oleh Mohd Hasbi Sidek

Pelabuhan Klang: Seorang pelancong lelaki warga Belanda yang dalam pelayaran dari India ke Singapura diselamatkan Unit Udara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) selepas diserang sakit jantung.

Dalam kejadian jam 2.30 petang semalam, mangsa, Vanden Beuken, 75, sedang menaiki kapal persiaran MV Costa Serena kira-kira 45 batu nautika (BN) dari perairan Sabak Bernam.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Daerah Klang Laksamana Pertama Maritim Mohd Aliyas Hamdan berkata, Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Johor Bharu menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 2 petang.

“Sebuah helikopter AS365 N3 Daulphin dari Stesen Udara Maritim Subang ditugaskan untuk mengambil mangsa di kapal persiaran berkenaan sebelum tiba di lokasi 25 minit kemudian.

“Mangsa dibawa dan didaratkan di padang bola Ventorian di sini dan dihantar ke Hospital Pantai Medical Port Klang menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut,” katanya.

Difahamkan kapal persiaran itu didaftarkan di Bermuda United Kingdom (UK).

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 April 2015 @ 6:55 AM