KEGIATAN pemburu haram yang berjaya dirakam kamera   litar tertutup (CCTV).
KEGIATAN pemburu haram yang berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV).
ANTARA haiwan yang menjadi mangsa pemburu haram.
ANTARA haiwan yang menjadi mangsa pemburu haram.
Oleh Mohd Razlan Salleh

Kota Kinabalu: Tabung Hidupan Liar (WWF) Malaysia menyokong penuh langkah Jabatan Perhutanan Sabah meminda undang-undang mengetatkan individu tidak dikenali memasuki hutan untuk tujuan pemburuan haram.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif WWF Malaysia Datuk Dr Dionysius Sharma berkata, langkah itu bertujuan membendung kegiatan pemburuan haram yang semakin berleluasa di rizab hutan.

“Sebarang sekatan terhadap kemasukan secara haram ke dalam hutan simpan akan mengurangkan risiko kebakaran hutan.

“Haiwan dalam hutan layak untuk hidup aman dan manusia tidak layak mengganggu ‘taman permainan’ mereka,” katanya menerusi satu kenyataan, di sini, semalam.

Dionysius berkata, pihaknya memasuki era pemuliharaan hutan dan menjadi agenda utama WWF untuk memastikan hidupan liar bebas di hutan.

“Pengarah Jabatan Perhutanan Sabah Datuk Sam Mannan sering menekankan haiwan liar dan hutan adalah penting.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 31 January 2015 @ 5:26 AM