MANGSA menunjukkan wajah lelaki kasanova yang memperdayakannya.
MANGSA menunjukkan wajah lelaki kasanova yang memperdayakannya.
Oleh Asmah Rusman

Kuala Lumpur: Seorang kasanova Melayu dikesan menggunakan lebih 10 nama palsu mat salih bagi memperdaya gadis tempatan menggunakan taktik cinta murahan.

Suspek berusia 30-an itu mendakwa dilahirkan di Johor sebelum menetap di New Zealand sejak berusia 14 tahun.

Kebanyakan mangsa diperdaya dengan cinta singkat selain ditipu wang ringgit kononnya mahu digunakan bagi mengembangkan perniagaan syarikat pencetakan dimiliki.

Dalam kes terbaru, seorang gadis berusia 27 tahun menjadi mangsa selepas ditipu hampir RM80,000 oleh suspek yang mengaku kononnya berdarah kacukan Portugis dan Arab.

Mangsa yang juga seorang pengajar gimnasium mendakwa berkenalan dengan suspek yang menggunakan nama Dany William pada Jun tahun lalu melalui aplikasi Wechat.

Menurutnya, lelaki itu memberitahu berada di Malaysia kerana mahu menguruskan perniagaan percetakan milik keluarganya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 January 2015 @ 5:15 AM