Hezlishah (kiri) diiring anggota polis keluar mahkamah.
Hezlishah (kiri) diiring anggota polis keluar mahkamah.

Bukit Mertajam: Seorang kontraktor mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan pecah amanah terhadap warga emas membabitkan RM1 juta, hujung tahun lalu.

Tertuduh, Hezlishah Ahmad, 27, faham dengan pertuduhan dibacakan terhadapnya sebelum mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Mohd Fitri Sadarudin.

Mengikut pertuduhan, Hezlishah tidak menyerahkan wang diterima dalam bentuk lima keping cek berjumlah RM1 juta diamanahkan terhadap dirinya kepada penama berkenaan iaitu Rahmah Mohd, 79.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah bank tempatan (Hong Leong Bank) di Seberang Jaya, Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) pada 10 dan 11 Disember tahun lalu antara jam 12 tengah hari dan 5 petang.

Berikutan itu, ia adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen sama yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun, sebatan dan denda.

Sehubungan itu, Mohd Fitri tidak membenarkan tertuduh diikat jamin sebelum menetapkan 8 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 November 2014 @ 5:16 AM