SHAHIDAN membuat lawatan ke Sekolah  Jenis Kebangaan Cina Bertam Valley, semalam.
SHAHIDAN membuat lawatan ke Sekolah Jenis Kebangaan Cina Bertam Valley, semalam.
Oleh Muhammad Apendy Issahak

Cameron Highlands: Kerajaan negeri dan pihak berkuasa digesa mengambil tindakan segera menutup semua kawasan penerokaan haram sama ada yang baru atau lama di Cameron Highlands bagi mengelak kejadian banjir lumpur dan tanah runtuh terus berlaku.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, aktiviti penerokaan haram membabitkan pertanian di situ antara punca utama berlaku bencana di kawasan tanah tinggi tumpuan pelancong berkenaan.

Menurut Shahidan, hasil tinjauan yang dibuatnya sendiri menggunakan laluan dari Tapah hingga ke Lembah Bertam di sini, beliau merekodkan 106 tanah runtuh dan perkara itu serius serta perlu tindakan segera.

“Banjir dan tanah runtuh yang berlaku berpunca daripada tindakan peneroka yang tidak bertanggungjawab.

“Selain pencerobohan tanah milik kerajaan dan tanah rizab sungai, ada pihak yang diberikan kelulusan membuat rumah, namun menyewa atau menjualnya dengan harga tinggi kepada orang lain termasuk warga asing untuk kegiatan pertanian haram.

“Kawasan hutan yang dulunya dibuka untuk tujuan perumahan, tetapi disalahgunakan dan jatuh ke tangan pihak lain termasuklah pendatang asing terutama warga Bangladesh,” katanya selepas meninjau keadaan di Lembah Bertam, semalam.

Shahidan berkata, warga asing yang menjalankan aktiviti pertanian itu turut membawa pendatang asing lain untuk bekerja dengan mereka.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 November 2014 @ 5:12 AM