ROZILA (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir.
ROZILA (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir.

Baling: “Saya bersyukur kepada Allah kerana apabila saya ditimpa musibah banjir, masih ada insan membantu meringankan beban.

““Saya gembira menerima sumbangan makanan yang sekali gus meringankan beban ditanggung,” kata Siti Aminah Saad, 80.

Siti Aminah dari Kampung Haji Abas, Bongor, antara 77 penerima di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayu yang menerima bantuan barangan makanan daripada Tabung Bencana Media Prima Berhad (MPB)-The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) dengan kerjasama Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd, semalam.

Menurutnya, sumbangan diberikan itu dapat mengurangkan beban dan membuktikan masih ada lagi insan prihatin terhadap mangsa bencana.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada NSTP-Media Prima yang menghulurkan sumbangan itu,” katanya selepas majlis penyampaian sumbangan kepada mangsa banjir di Kampung Siput, semalam.

Shafie Md Saad, 67, dari Kampung Bukit Sebelah, Weng, berkata, sumbangan itu dapat meringankan beban belanja dapur.

““Kadang-kadang kami terputus untuk berbelanja dapur dan bersyukur apabila menerima barangan makanan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat NSTP Rozila Abd Rahman berkata, seramai 10 sukarelawan Briged Sukarelawan MPB-NSTP turun padang untuk membantu mangsa banjir di daerah Baling.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 November 2014 @ 5:13 AM