Kuala Lumpur: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dijumpai pekerja kedai makan merayau-rayau di Country Homes, Rawang pada 19 Oktober lalu.

Kanak-kanak tanpa sebarang pengenalan diri itu kemudiannya dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan.

Jurucakap Hospital Selayang berkata, pihaknya kini mengesan keluarga kanak-kanak itu yang sehingga kini belum dapat dikesan.

“Orang ramai yang mengenali kanak-kanak ini atau mempunyai maklumat mengenainya diminta menghubungi ketua jururawat di talian 03-61263333 atau 03-61203233,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 November 2014 @ 7:34 AM