RAIHAN (tiga dari kiri) melawat gerai pameran selepas pelancaran Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen UPM.
RAIHAN (tiga dari kiri) melawat gerai pameran selepas pelancaran Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen UPM.
Oleh Mahaizura Abd Malik

Serdang: Hasil inovasi penyelidikan Universiti Putra Malaysia (UPM), baka kacukan hibrid antara ayam kampung dan ayam hutan yang dinamakan spesies Akar Putra diiktiraf kerajaan sebagai baka berpotensi untuk dikomersialkan.

Naib Canselornya Prof Datuk Dr Mohd Fauzi Ramlan berkata, penyelidikan pembiakan kacukan Akar Putra yang bermula pada tahun 2005 dilakukan Penyelidik Jabatan Sains Haiwan, Fakulti Pertanian Prof Madya Dr Azhar Kasim adalah contoh terbaik berkait rapat dengan slogan UPM iaitu pertanian, inovasi dan kehidupan.

“Inovasi baru ini mendapat perlindungan harta intelek menerusi perlindungan cap dagangan dan berjaya dikomersialkan oleh syarikat APC Natural Farm.

“Penemuan baka baru ini, mampu memberi nilai tambah kepada kegiatan komersial dalam bidang pertanian dan makanan sama ada untuk daging atau telur serta boleh menampung kekurangan ayam kampung di pasaran berikutan permintaan tinggi masyarakat,” katanya pada Majlis Perasmian Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen UPM ke-38 di Bukit Ekspo di sini, semalam.

Produk baru itu dilancarkan secara rasmi pada majlis berkenaan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Raihan Sharif.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 November 2014 @ 5:13 AM